Aug 20, 2009
MALAM PENGANUGERAHAN SVR
Majlis Malam Penganugerahan SVR telah diadakan pada 18 Ogos 2009 di Royal Ballroom, Palace Of The Golden Horses Hotel Seri Kembangan. Seramai lebih dari 50 orang usahawan SVR yang telah berjaya mencapai jawatan Group Manager (GM) telah diraikan. Majlis yang berjaya menghimpunkan hampir dua ribu ahli SVR dari seluruh negara itu telah bermula sekitar jam 9.30 malam dengan ucapan daripada Penasihat Koperasi Perlindungan Pengguna (KOPMA) Dato' Firdaus Bin Abdullah. Dalam ucapannya berliau menegaskan bahawa program SVR kini telah berjaya menarik perhatian 9,000 ahli dan bakal bertambah dari masa ke semasa. Beliau turut menegaskan bahawa program SVR telah mendapat sokongan yang kuat daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Bahkan katanya, lebih banyak merchant yang bakal dilantik untuk menjayakan program ini nanti. Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua usahawan SVR yang telah berjaya mencapai jawatan GM (Group Manager) dalam masa yang begitu singkat biarpun program ini baru sahaja dilancarkan. Majlis bermula dengan acara cabutan bertuah dan kemudiannya diserikan dengan hiburan ahli SVR sendiri iaitu GM Lan Putra dan seorang wakil dari Kluang Johor. Turut diadakan ialah tayangan slide Prebiu Perniagaan SVR oleh Encik Rashidi dan kemudiannya maklumat terkini tentang Shopping Mall yang terdapat dalam website SVR. Kemuncak acara ialah penganugerah sijil kepada semua GM dan kemudiannnya diikuti dengan cabutan bertuah seterusnya. Cabutan bonanza TV Plasma, Komputer Riba dan Telefon Bimbit turut diadakan sebelum acara selesai. Majlis turut diserikan dengan perkongsian pengalaman daripada beberapa orang GM yang telah berjaya hari itu. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Mohd Raflee Md Yassin (Pengarah Eksekutif SVR) dan Founder SVR iaitu Mr.Alex Lu. Majlis berakhir sekitar jam 11.30 malam. Tahniah diucapkan kepada semua usahawan yang telah berjaya mencapai tahap GM termasuk Pengarah Urusan SVR Network sendiri. Kepada yang gagal teruskan usaha !!





