Apakah Program Ganjaran SVR
Program SVR menawarkan satu konsep baru yang inovatif untuk meningkatkan daya perbelanjaan pengguna melalui kaedah kerjasama yang mantap di antara syarikat, pengguna dan merchant.
SVR menawarkan pengalaman membeli belah yang baru dan terkini melalui keahlian kad SVR – kad untuk mengitar kembali perbelanjaan dan pembelian yang memberikan manfaat bersama kepada semua pihak yang menyertai program ini. SVR yang berpandangan jauh kehadapan akan sentiasa menerokai idea-idea yang terulung untuk memenuhi impian ahli SVR.
Bagaimana SVR Memberi Keuntungan Kepada Ahli-Ahlinya?
Sebagai pemegang kad Emas SVR dan kad Hadiah SVR (petronas smart pay) anda akan mendapat pulangan/hadiah/rebat yang tidak dapat anda bayangkan semasa berbelanja. Berikut adalah di antara kelebihan dan keuntungan yang anda akan perolehi:-
Ganjaran yang lumayan berupa Wang Tunai sehingga RM50,000 sebulan melalui penukaran jumlah mata terkumpul keseluruhan kumpulan kepada pembayaran tunai.
Contohnya ahli-ahli kumpulan anda berbelanja di merchant-merchant yang menyertai SVR program seperti Petronas, Giant, Kamdar etc di mana mata akan diberikan. Keseluruhan mata yang diperolehi oleh kumpulan anda akan ditukarkan kepada wang tunai (sila rujuk plan C untuk penerangan secara diagram)
Berpeluang mendapat pendapatan sampingan yang lumayan melalui program memperkenalkan (sponsor) ahli baru. Minimum pendapatan tunai segera sebanyak RM32 bagi seorang ahli yang diperkenalkan (sila rujuk Plan A di menu ‘PELAN PEMASARAN”).
Ganjaran berupa tunai dengan membuat penambahan nilai (top up) sebanyak RM200 ke dalam kad Hadiah SVR (Petronas Card) dari top up pool SVR (Plan D)
Memperolehi diskaun/rebate dari 1% - 20% apabila anda membeli belah di merchant yang menyertai program SVR.
Berpeluang mendapat cabutan bertuah semasa membuat pembayaran dengan menggunakan kad SVR di merchant SVR yang terpilih.
Berpeluang mendapat special boucer diskaun atau hadiah bermusim dari semasa ke semasa dari merchant-merchant yang menyertai SVR.
MENGENALI KAD-KAD SVR ANDA
Ahli SVR International proram anda akan mendapat tiga (3) Kad yang akan dihantar melalui pos laju (courier) oleh pihak syarikat SVR International selewat-lewatnya dalam satu minggu selepas anda menjadi ahli:-
Kad Emas SVR - Ianya bukanlah kad kredit atau kad tunai. Tiada nilai tersimpan (kredit) diberikan sewaktu pendaftaran ahli. Kegunaan kad ini adalah untuk membeli belah di merchant yang menyertai program SVR seperti Giant, Kamdar etc. bagi mengumpul mata yang akan memberikan pulangan tunai mengikut mata terkumpul dari kumpulan ahli anda. Kad ini hendaklah di tambah nilai sebelum digunakan untuk membeli belah di merchant yang menyertai SVR (sila rujuk cara-cara menambah nilai kad di dalam www.svr2u.com top up procedures).
Kad Hadiah SVR (Gift Card) – Ianya bukanlah kad kredit atau kad tunai. Nilai tersimpan sebanyak RM50.00 diberikan semasa pendaftaran ahli. Kegunaan kad ini adalah untuk membuat pembayaran apabila mengisi petrol di Petronas atau mana-mana merchant yang dibenarkan. Penambahan nilai kad boleh dibuat di station Petronas atau melalui SVR. Dengan membuat penambahan nilai sebanyak RM200 anda akan mendapat 1 syer yang akan diberikan ganjaran tunai oleh SVR.
Kad Bio Energy – Ianya adalah produk yang diberikan oleh SVR International apabila anda menjadi ahli. Kegunaan Kad Bio Energy yang mengandungi Far infra Red boleh melancarkan pelancaran darah, mengurangkan keletihan, meningkatkan kadar metabolisma dan bermacam-macam lagi. Kad ini seeloknya di simpan di bahagian badan seperti di dalam kocek.
*Salah satu syarat untuk melayakkan ahli mendapat ganjaran bonus (bagi plan C), pengunaan kad sebanyak RM100 diperlukan dari salah satu kad emas atau kad hadiah atau melalui jumlah perbelanjaan dari kedua-dua kad serta mempunyai minimum 3 direct downline tajaan anda sendiri (spillover tak dikira).


